Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)
Syarikat telah bekerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Raudhatul Ikhlas Malaysia (RICA), sebuah pertubuhan yang berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966, bagi menjalankan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di dalam dan luar negara.
Selain itu, Syarikat juga turut menjalinkan kerjasama dengan Kelab Memanah Raudhatul Ikhlas (RIAC) yang berdaftar di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 dalam usaha untuk merakyatkan sukan memanah kepada masyarakat setempat.
Sila layari laman web rasmi RICA di url www.raudhatulikhlas.org untuk melihat pelbagai program kebajikan yang telah dilaksanakan.